MENU

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Telah Berpindah

Tulis surat ke Unit Penilaian dan Pengurusan Harta atau emailkan kepada e-aduan dengan menyertakan nama, nombor akaun dan alamat pos yang baru.

Bangunan Kosong Atau Tidak Diduduki

Mengikut seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976, sekiranya bangunan anda kosong dan tidak diduduki untuk tempoh melebih satu (1) bulan, anda boleh memohon pulangan balik atau remisi dengan menulis surat atau mengisi Borang Permohonan Remit  dengan menyertakan bukti-bukti berikut:-

  1. Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki.
  2. Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan penyewa telah dibuat (sertakan keratan iklan dalam surat khabar dan salinan resit pengiklanan atau surat daripada agen hartanah yang dilantik).
  3. Bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu tuntut.

Permohonan Perlu dikemukakan pada setiap awal penggal selama tempoh bangunan tersebut masih kosong. bagi bangunan yang digunakan untuk ruang pejabat, perniagaan atau gudang, hanya keluasan yang melebihi 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sahaja layak memohon remisi.

Bayaran secara ansuran

Anda adalah dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab di Unit Penilaian dan Pengurusan Harta.