MENU

Tindakan Oleh Majlis Jika Cukai Taksiran/ Pintu Tidak Dibayar

  1. Denda akan dikenakan sebanyak satu peratus (1%) daripada jumlah tunggakan.
  2. Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh notis dikeluarkan.
  3. Jika masih belum dijelaskan selepas tempoh notis, waran tahanan akan dikuatkuasakan. Kadar sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.
  4. Tindakan sita/ merampas dan melelong harta alih.
  5. Tindakan mahkamah menjual harta tak alih.
  6. Kesemua kos yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada tunggakan.

Tindakan Anda Jika Bil Tidak diterima

Anda dikehendaki datang ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dengan segera bagi mendapatkan bil cukai taksiran yang terkini.

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Telah Menjual/ Menukar Milik Bangunan Atau Tanah

  1. Hadir ke Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas
  2. Isi dan lengkapkan Borang I (Borang Pindahmilik)
  3. Sertakan salinan Surat Perjanjian Jual-beli atau salinan Geran Hak Milik yang mempunyai nama pemilik yang baru.
  4. Sertakan salinan resit bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan.

Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pindahmilik boleh menyebabkan anda dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan  atau kedua-duanya (Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976).