MENU

Lokasi:

Terletak di daerah Pasir Mas, kira-kira 40 km ke barat daya bandar Kota Bharu melalui Jalan Persekutuan Pasir Mas – Rantau Panjang (3). Bersempadan dengan Thailand dan merupakan pintu keluar masuk darat antara Malaysia dan Thailand yang utama di Kelantan.

Pengangkutan Awam:

Perkhidmatan Bas SKMK No. 29 boleh didapati di bandar Pasir Mas dan Kota Bharu dengan harga tambang masing-masing RM 2.70 dan RM 3.50 dengan sela jarak perjalanan yang sederhana iaitu setiap setengah jam. Teksi pula mudah diperolehi di Pasir Mas dan Kota Bharu dengan harga tambang masing-masing RM 15 dan RM 25.

 Kawasan Zon Bebas Cukai   Pusat Membeli Belah Rantau Panjang

Tarikan:

Merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal di Kelantan. Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti peralatan elektronik, pakaian dan peralatan dapur boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti money changer, mesin ATM dan sebagainya. Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Golok

Lokasi Rantau Panjang