MENU

   

Pasir Mas terkenal dengan beberapa buah pusat pengajian pondok tradisional dan moden. Antara pusat pengajian pondok yang terdapat di Pasir Mas ialah Madrasah Rahmaniah Pondok Lubok Tapah, Madrasah Yusufiah Gelang Mas, Madrasah Diauddin Pondok Gual Dalam, Pondok Banggol Stol, Pondok Lati, Pondok Sungai Keladi, Pondok Tuan Guru Hj Ismail Kubang Gadong, Pondok Haji Hasan Lemal dan Pondok Ihya' al-Ulum Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat Repek. Pusat pengajian pondok di Pasir Mas sehingga hari ini telah melahirkan ramai alim ulama' bukan sahaja dari kalangan masyarakat tempatan malahan di luar Kelantan.