MENU

 

Dataran Air Muleh Pasir Mas    Restoran

Dataran Air Muleh, Pasir Mas telah dibina pada tahun 1989. Ia merupakan lambang kegigihan pekerja Majlis Daerah Pasir Mas yang bergotong-royong membina Dataran Air Muleh ini. Terletak diatas tanah seluas 1 ekar iaitu di Tebing Sungai Kelantan. Dataran Air Muleh ini menjadi tempat pelancongan dan penduduk setempat beriadah dan berekreasi pada waktu petang dan hujung minggu.

Antara kemudahan yang terdapat disini ialah restoran, tandas awam, taman permainan kanak-anak, landskap yang indah serta sebuah tugu yang mencatit nama pemenang Tilawah Al-Quran peringkat Jajahan Pasir Mas.