MENU

MAJLIS DAERAH PASIR MAS

 

  PEMAKLUMAN  PELANJUTAN OPERASI PERNIAGAAN KEDAI MAKAN, PASAR AWAM BERBUMBUNG, PASAR SEGAR TERKAWAL, KOMPLEKS BELI BELAH DAN STESEN MINYAK SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Kelantan Bil.14/2020 yang telah diadakan pada 23 Syawal 1441H bersamaan 15 Jun 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk membenarkan pelanjutan masa operasi bagi kedai-kedai sebagaimana berikut :

 

BIL.

AKTIVITI

WAKTU OPERASI ASAL

WAKTU OPERASI YANG DILANJUTKAN

“STANDARD OPERATING PROCEDURE” (SOP)

1.

Restoran,medan selera,pusat penjaja,gerai makan tepi jalan (berbumbung),kiosk

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 10:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 10:30 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

2.

Food truck,penjaja beredar,penjaja sementara tepi jalan

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 10:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 10:30 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

3.

Pasar awam berbumbung, pasar borong-semua jenis perniagaan

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 4:00 petang

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 5:00 petang

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

4.

Pasar segar terkawal (PST)

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 4:00 petang

Kehadiran Pelanggan :

 

7:00 pagi – 5:00 petang

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

5.

Pasaraya mini,kedai runcit,kedai serbaneka

Kehadiran Pelanggan :

 

9:00 pagi – 9:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

9:00 pagi – 10:30 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

6.

Kompleks beli belah, pasaraya, departmental store,farmasi,butik, kedai pakaian, mini mart

Kehadiran Pelanggan :

 

9:00 pagi – 9:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

10:00 pagi – 10:00 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

7.

Kedai runcit stesen minyak

Kehadiran Pelanggan :

 

6:00 pagi – 10:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

6:00 pagi – 10:30 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

8.

Stesen minyak

Kehadiran Pelanggan :

 

6:00 pagi – 10:00 malam

Kehadiran Pelanggan :

 

6:00 pagi – 10:30 malam

DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

 

Semua pengusaha premis perniagaan dalam kawasan MDPM yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPP hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN boleh dilayari di laman sesawang https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

 

Mana-mana pengusaha premis perniagaan yang ingkar atau gagal mematuhi apa-apa syarat atau arahan yang dikeluarkan oleh MDPM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

Arahan ini berkuatkuasa mulai 24 Syawal 1441H bersamaan 16 Jun 2020

 

 

Dengan perintah,

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PASIR MAS