MENU

Ini adalah kenyataan palsu. Adalah dimaklumkan bahawa MDPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penutupan pasar awam berkenaan.

MDPM memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat, kenyataan atau berita palsu yang melibatkan MDPM menerusi SMS, Aplikasi Whatsapp atau sebarang media sosial. MDPM akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai sebarang penyebaran maklumat, kenyataan atau berita palsu yang melibatkan MDPM.

Penyebar maklumat, kenyataan atau berita palsu adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana boleh disaman dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai kemusyikan atau pertanyaan mengenai apa-apa maklumat berkaitan MDPM boleh hubungi Pejabat MDPM ditalian 097916777 atau layari laman sesawang MDPM www.mdpmas.gov.my atau FB MDPM untuk maklumat lanjut.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.