MENU

Satu Majlis Tandatangan Perjanjian Lanjutan Masa Usahasama Bandar Baru Pasir Mas telah diadakan pada 3 November 2014 antara MAJLIS DAERAH PASIR MAS (MDPM) dan Syarikat Taman Semasa Sdn. Bhd. Majlis telah berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Ahmad Robert Bin Abd. Rahim, Yang Dipertua MDPM, YBrs En. Nik Razak Bin Nik Hassan Setiausaha MDPM, Ketua WHIP MDPM dan Ahli-Ahli Majlis MDPM.

YB. Dato' Pengerusi berharap supaya perjanjian ini dapat memajukan lagi Bandar Baru Pasir Mas dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat jelata. YB. Dato' Pengerusi juga meletakkan sasaran untuk kesemua PBT-PBT di Kelantan boleh berdikari dengan sendiri, dengan adanya pembangunan baru seperti kawasan industri dan perumahan, beliau percaya pendapatan dan pulangan bagi pihak Majlis Daerah akan meningkat.

 MOU PASIR MAS 01
 MOU PASIR MAS 02
 MOU PASIR MAS 03