MENU

24 Februari 2019 – Majlis perpisahan Setiausaha dan Majlis Selamat Datang kepada Setiausaha baharu Majlis Daerah Pasir Mas telah diadakan di Horizon Garden Restaurant dimana surat penyerahan dan akuan terima nota serah tugas telah diberikan kepada Setiausaha baharu iaitu Encik Wan Mohd Nasir Bin Hj Wan Omar oleh Setiausaha lama, Encik Mohd Zaidi bin Mat Jusoh dan disertai oleh beberapa kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas. Kami mewakili seluruh warga kerja Majlis Daerah Pasir Mas mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd Zaidi atas perpindahan ke tempat yang baru dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan budi Encik selama berkhidmat disini. Kami juga mengucapkan selamat datang kepada Encik Wan Mohd Nasir dan mengalu-alukan kedatangan Encik untuk meneruskan khidmat disini. Semoga pelantikan ini menjadi satu langkah positif dan menjadikan Bandar Pasir Mas lebih maju dan proaktif pada masa akan datang.

Sila klik Disini untuk paparan gambar seterusnya