MENU

21-22 SEPTEMBER 2018 , Majlis Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas telah mengadakan Majlis IKBAR (Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok) jajahan Pasir Mas bertempat di Ruang Legar Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Mas. Seterusnya, program ini dimeriahkan lagi dengan Kejohanan Sepak Takraw, dengan kesempatan ini kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan KADA yang dinobatkan sebagai johan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Selain itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang turut serta dalam program ini bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan dengan jayanya.

Sila klik Disini untuk paparan gambar seterusnya