MENU

e.    Pengurusan Pelan Lanskap

  1. Menyedia dan menyelaras pelan induk lanskap sebagai rujukan dalam proses pengindahan taman rekreasi dan lanskap bandar.
  2. Merangka dasar dan garis panduan berkaitan lanskap sebagai panduan semua pihak berkepentingan.

    
f.    Pengurusan Pelaburan dan Projek-Projek Khas

  1. Menyelaras dan melaksanan dasar dan polisi pelaburan projek usahasama di peringkat Majlis.
  2. Menguruskan perkara-perkara berkaitan cadangan projek usahasama yang dikemukakan oleh pelabur bermula di peringkat dokumen cadangan hingga perjanjian usahasama dimeterai.
  3. Memantau kemajuan semasa projek-projek usahasama.
  4. Menganggotai Jawatankuasa Sehenti Pelaburan Negeri Kelantan dan Jawatankuasa Pemantauan Projek Usahasama Negeri Kelantan.
  5. Merangka dan menyediakan cadangan bagi projek-projek khas yang memberi impak kepada Majlis.
  6. Mengurus perkara-perkara berkaitan projek khas bermula di peringkat cadangan hingga peringkat pelaksanaan.
  7. Memantau kemajuan semasa projek-projek khas dan dilaporkan kepada Jawatankuasa berkaitan di peringkat Majlis dan peringkat Negeri.
  8. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dibentuk berdasarkan keperluan projek berkenaan.

g.    Urusetia Mesyuarat

  1. Sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Majlis yang bertanggungjawab menimbang serta membuat keputusan berkaitan dasar perancangan, penguatkuasaan Akta 172 dan lain-lain berkaitan.
  2. Sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pelaburan dan Projek-Projek Khas Majlis yang bertanggungjawab membuat keputusan         berkaitan dasar-dasar pelaburan usahasama dan membuat pertimbangan terhadap cadangan usahasama dengan syarikat swasta.