MENU

Proses Kelulusan Pelan Bangunan

  • Permohonan diterima setelah pelukis pelan atau akitek mendapat persetujuan jabatan teknikal; Menjelaskan cukai tanah dan cukai pintu. Jika ada.
  • Edar ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan dalam tempoh dua hari selepas pendaftaran;
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa mengemukakan pandangan kepada Majlis Daerah Pasir Mas dalam masa dua minggu
  • Semakan pelan dan lawatan tapak dibuat dalam tempoh lima hari.

Kelulusan Pelan Bangunan

  • Permohonan mendiri rumah sesebuah, bangunan bertingkat, projek perumahan dan kilang yang tiada masalah diluluskan dalam masa dua puluh satu hari.

Kelulusan Pelan Ubahan Dan Tambahan

  • Permohonan pelan ubahan dan tambahan kecil diluluskan dalam masa satu minggu, dengan syarat tiada pindaan pada pelan.

Permohonan Yang Bermasalah

  • Permohonan yang bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan untuk perakuan kepada Mesyuarat Penuh MDPM bagi mendapat keputusan sama ada diluluskan atau ditolak dalam tempoh dua bulan

Proses Selepas Keputusan

  • Pemohon akan dimaklumkan keputusan Mesyuarat Penuh dalam masa tujuh hari.
  • Setelah bayaran berkaitan diselesaikan, pelan ditandatangani dalam tempoh satu hingga tiga hari.

Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (SKD)

  • Sijil kelayakan menduduki bangunan diluluskan dalam tempoh satu minggu daripada tarikh Borang 'E' (Undang-undang kecil Bangunan Seragam) dan Surat Akuan pemohon disertakan.

Permohonan SKD Bermasalah

  • Permohonan SKD bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan untuk perakuan kepada Mesyuarat Penuh bagi mendapat keputusan sama ada dilulus atau ditolak dalam tempoh dua bulan.