MENU

Disclaimer: The content only available in bahasa Melayu at the moment.

YDP MD Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah Subhannahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya maka Laman Web Majlis Daerah Pasir Mas dapat disiapkan dan diterbitkan dengan sempurna. Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas yang telah bersama-sama berusaha menerbitkan Laman Web MDPM ini dengan jayanya.

Pada hemat saya, Laman Web ini adalah amat penting kepada para pembaca dan orang ramai yang berminat untuk sama-sama berkongsi gambaran dan maklumat yang lengkap mengenai pentadbiran dan pembangunan di Majlis Daerah Pasir Mas.

Secara keseluruhannya, Laman Web ini mengandungi informasi yang menarik dan amat sesuai untuk dijadikan panduan serta bacaan umum kepada orang ramai. Akhir kata, diharapkan pelawat Laman Web ini berpuas hati dengan maklumat yang telah dipaparkan.
Sekian, terima kasih,

Sekian,terima kasih,
DR. HAJI CHE HAMAT BIN HAJI CHE MUDA
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Pasir Mas